HAKAM UKM




Home About Stuff Linkies




PENDAPAT PENULIS BLOG TENTANG HAK ASASI MANUSIA YANG DIPERJUANGKAN !!
Sunday, July 3, 2016 | 0 SuperReader(s)



Sepertimana yang kita ketahui zaman sekarang ini iaitu zaman moden, hak asasi manusia yang merupakan hak peribadi setiap manusia yang wujud di atas bumi yang nyata ini banyak dipertikaikan dan banyak dipersoalkan. Sedangkan hak asasi manusia yang dimiliki setiap manusia haruslah digunakan dengan cara yang betul untuk tegakkan kebenaran terhadap diri sendiri.


Bagi pendapat saya, setiap manusia berhak mempunyai hak masing-masing atas kehidupan yang mereka lalui untuk melancarkan perjalanan hidup ini. Kenapa sebilangan manusia harus nak pertikaikan sesetengah hak asasi manusia yang dimiliki sedangkan ini merupakan hak yang telah sedia ada pada setiap manusia yang wujud di atas bumi ini. Sebagai seorang manusia, kita sepatutnya tidak menghalang bahkan mempertikaikan hak yang dimiliki setiap manusia lain. Hak ini merupakan sesuatu yang kita ada untuk diguna pakai ketika ditimpa kesusahan meskipun dalam kesenangan. Pelbagai jenis hak yang setiap manusia memiliki.

Gunakan hak yang kita miliki demi kebaikan sendiri dan orang lain juga!






APA ITU SUHAKAM ????

SEJARAH PENUBUHAN SUHAKAM 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN – Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.
pejabatlamasuhakamPejabat sementara SUHAKAM di Wisma Putra (2000)
SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
SUHAKAM's office
Pejabat SUHAKAM di Menara TH Perdana

FUNGSI SUHAKAM

SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
PIAGAM SUHAKAM
PIAGAM
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM)
MUKADIMAH
SUHAKAM Institusi Hak Asasi Manusia Negara ini telah ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597), dengan mematuhi  Paris Principles Relating to the Status of National Institutions 1993,
MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.
BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah masyarakat majmuk.
MENGIKTIRAF bahawa hak asasi manusia akan terus menerus melalui pembangunan sejagat..
DENGAN INI MENGISTIHAR:
Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:
  • Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
  • Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
  • Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.
  • Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
SUHAKAM akan memenuhi tanggungjawab ini melalui :
  • Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia serta menjalankan penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel dan untuk menyebarkan  hasil-hasil kajian tersebut;
  • Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan-aduan ke atas mereka dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil;
  • Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia;
  • Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia;
  • Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang besar;
  • Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian;
  • Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu;
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang didapati sesuai dan perlu.
Pembangunan pelan tindakan strategik tahunan ke atas bidang-bidang teras yang perlu perhatian:
  • Menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada setiap rakyat Malaysia;
  • Mempromosi dan mempertahan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya serta Hak Awam serta Politik;
  • Menyokong dan mengawasi sebarang perakuan, kemasukan dan perlaksanaan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa oleh Negara;
  • Menyokong dan mengesyorkan untuk meminda atau memansuh undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.
Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:
  • Hormat
    Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.
  • Kebebasan
    Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.
  • Integriti
    Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
  • Perhubungan
    Meningkatkan perhubungan dengan semua ‘stakeholder’, termasuk pihak Kerajaan, pertubuhan awam, jaringan serantau dan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.
  • Kecekapan
    Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.
  • Keterbukaan
    Memelihara ketelusan  and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang ramai.
  • Pembangunan Kapasiti
    Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lain-lain stakeholder.

LINK : http://www.suhakam.org.my/


x



Older |
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music