HAKAM UKM




Home About Stuff Linkies




PENDAPAT PENULIS BLOG TENTANG HAK ASASI MANUSIA YANG DIPERJUANGKAN !!
Sunday, July 3, 2016 | 0 SuperReader(s)



Sepertimana yang kita ketahui zaman sekarang ini iaitu zaman moden, hak asasi manusia yang merupakan hak peribadi setiap manusia yang wujud di atas bumi yang nyata ini banyak dipertikaikan dan banyak dipersoalkan. Sedangkan hak asasi manusia yang dimiliki setiap manusia haruslah digunakan dengan cara yang betul untuk tegakkan kebenaran terhadap diri sendiri.


Bagi pendapat saya, setiap manusia berhak mempunyai hak masing-masing atas kehidupan yang mereka lalui untuk melancarkan perjalanan hidup ini. Kenapa sebilangan manusia harus nak pertikaikan sesetengah hak asasi manusia yang dimiliki sedangkan ini merupakan hak yang telah sedia ada pada setiap manusia yang wujud di atas bumi ini. Sebagai seorang manusia, kita sepatutnya tidak menghalang bahkan mempertikaikan hak yang dimiliki setiap manusia lain. Hak ini merupakan sesuatu yang kita ada untuk diguna pakai ketika ditimpa kesusahan meskipun dalam kesenangan. Pelbagai jenis hak yang setiap manusia memiliki.

Gunakan hak yang kita miliki demi kebaikan sendiri dan orang lain juga!






APA ITU SUHAKAM ????

SEJARAH PENUBUHAN SUHAKAM 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN – Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.
pejabatlamasuhakamPejabat sementara SUHAKAM di Wisma Putra (2000)
SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
SUHAKAM's office
Pejabat SUHAKAM di Menara TH Perdana

FUNGSI SUHAKAM

SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
PIAGAM SUHAKAM
PIAGAM
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM)
MUKADIMAH
SUHAKAM Institusi Hak Asasi Manusia Negara ini telah ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597), dengan mematuhi  Paris Principles Relating to the Status of National Institutions 1993,
MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.
BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah masyarakat majmuk.
MENGIKTIRAF bahawa hak asasi manusia akan terus menerus melalui pembangunan sejagat..
DENGAN INI MENGISTIHAR:
Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:
  • Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
  • Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
  • Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.
  • Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
SUHAKAM akan memenuhi tanggungjawab ini melalui :
  • Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia serta menjalankan penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel dan untuk menyebarkan  hasil-hasil kajian tersebut;
  • Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan-aduan ke atas mereka dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil;
  • Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia;
  • Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia;
  • Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang besar;
  • Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian;
  • Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu;
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang didapati sesuai dan perlu.
Pembangunan pelan tindakan strategik tahunan ke atas bidang-bidang teras yang perlu perhatian:
  • Menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada setiap rakyat Malaysia;
  • Mempromosi dan mempertahan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya serta Hak Awam serta Politik;
  • Menyokong dan mengawasi sebarang perakuan, kemasukan dan perlaksanaan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa oleh Negara;
  • Menyokong dan mengesyorkan untuk meminda atau memansuh undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.
Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:
  • Hormat
    Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.
  • Kebebasan
    Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.
  • Integriti
    Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
  • Perhubungan
    Meningkatkan perhubungan dengan semua ‘stakeholder’, termasuk pihak Kerajaan, pertubuhan awam, jaringan serantau dan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.
  • Kecekapan
    Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.
  • Keterbukaan
    Memelihara ketelusan  and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang ramai.
  • Pembangunan Kapasiti
    Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lain-lain stakeholder.

LINK : http://www.suhakam.org.my/


x



HAK ASASI WARGANEGARA
Wednesday, June 29, 2016 | 0 SuperReader(s)


HAK ASASI WARGANEGARA

Hak Warga Negara

Hak Warga Negara merupakan seperangkat hak yang melekat di dalam diri manusia, dalam kedudukannya sebagai anggota dari sebuah negara.

Sifat dari Hak Warga Negara ini adalah dibatasi oleh status kewarganegaraannya. Atau dengan kata lain, tidak semua hak warga negara merupakan hak asasi manusia, namun bisa dikatakan jika semua hak asasi manusia juga merupakan dari hak warga negara, contohnya hak setiap warga negara untuk menduduki suatu jabatan dalam pemerintahan Republik Indonesia merupakan hak asasi warga negara Indonesia, sehinga tak berlaku untuk setiap orang yang bukan warga negara Indonesia.

·  setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a)
tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b)
tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c)
Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan  secepat mungkin
(d)
Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali  bagi  perkhidmatan kerahan  (kerja paksa)  yang mengikut undang-undang
(e)
Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi  atas kesalahan yang sama
(f)
Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g)
Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h)
Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i)
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j)
Kebebasan beragama
(k)
Kebebasan pemilikan harta  



SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI

No.
Jenis undang-undang
Ringkasan
1
Undang-undang Subversif
- kerajaan berkuasa untuk menahan dan  menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara  
2
Undang-undang Darurat
- kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari  undang-undang darurat tanpa perbicaraan  
3
Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara  
4
Akta Universiti dan Kolej Universiti
- para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.  
5
Akta  Rahsia Rasmi
- tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan  
6
Akta Mesin Cetak
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.  
7
Akta Hasutan
- rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.  
8
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.


PERBEZAAN HAK ASASI MANUSIA & HAK WARGA NEGARA

Hak Asasi Manusia (HAM) : Merupakan hak paling hakiki yang dimiliki setiap individu sebagai manusia dan bersifat melekat semenjak orang tersebut lahir. 
Hak warga negara (HWN): Merupakan hak yang dimiliki setiap warga negara yang mana hak tersebut di atur secara langsung maupun tidak langsung oleh negara yang bersangkutan. Individu / masyarakat setiap negara bisa saja memiliki hak yang berbeda antara yang satu dengan yang lainnya. 

Untuk perbezaan lebih lanjut berikut penjelasannya :
  • HAM bersifat melekat dan di miliki setiap orang di seluruh dunia tanpa ada batasan, sedangkan HWN di miliki setiap warga negara dengan batasan dan aturan dari negara.
  • HAM lebih ke arah peribadi, sedangkan HWN lebih ke arah kelompok warga negara
  • HAM sama setiap manusia yang ada di bumi, sedangkan HWN berbeza antara satu negara dengan negara lainnya.


LINK : http://www.habibullahurl.com/2015/02/pengertian-warga-negara-teori-status-warga-negara.html
           : http://gurupintar.com/threads/jelaskan-perbedaan-antara-hak-asasi-manusia-dengan-hak-warga-negara.20/







HAK ASASI WARGANEGARA


HAK ASASI WARGANEGARA

Hak Warga Negara

Hak Warga Negara merupakan seperangkat hak yang melekat di dalam diri manusia, dalam kedudukannya sebagai anggota dari sebuah negara.

Sifat dari Hak Warga Negara ini adalah dibatasi oleh status kewarganegaraannya. Atau dengan kata lain, tidak semua hak warga negara merupakan hak asasi manusia, namun bisa dikatakan jika semua hak asasi manusia juga merupakan dari hak warga negara, contohnya hak setiap warga negara untuk menduduki suatu jabatan dalam pemerintahan Republik Indonesia merupakan hak asasi warga negara Indonesia, sehinga tak berlaku untuk setiap orang yang bukan warga negara Indonesia.

·  setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a)
tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b)
tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c)
Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan  secepat mungkin
(d)
Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali  bagi  perkhidmatan kerahan  (kerja paksa)  yang mengikut undang-undang
(e)
Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi  atas kesalahan yang sama
(f)
Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g)
Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h)
Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i)
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j)
Kebebasan beragama
(k)
Kebebasan pemilikan harta  



SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI

No.
Jenis undang-undang
Ringkasan
1
Undang-undang Subversif
- kerajaan berkuasa untuk menahan dan  menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara  
2
Undang-undang Darurat
- kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari  undang-undang darurat tanpa perbicaraan  
3
Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara  
4
Akta Universiti dan Kolej Universiti
- para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.  
5
Akta  Rahsia Rasmi
- tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan  
6
Akta Mesin Cetak
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.  
7
Akta Hasutan
- rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.  
8
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.


PERBEZAAN HAK ASASI MANUSIA & HAK WARGA NEGARA

Hak Asasi Manusia (HAM) : Merupakan hak paling hakiki yang dimiliki setiap individu sebagai manusia dan bersifat melekat semenjak orang tersebut lahir. 
Hak warga negara (HWN): Merupakan hak yang dimiliki setiap warga negara yang mana hak tersebut di atur secara langsung maupun tidak langsung oleh negara yang bersangkutan. Individu / masyarakat setiap negara bisa saja memiliki hak yang berbeda antara yang satu dengan yang lainnya. 

Untuk perbezaan lebih lanjut berikut penjelasannya :
  • HAM bersifat melekat dan di miliki setiap orang di seluruh dunia tanpa ada batasan, sedangkan HWN di miliki setiap warga negara dengan batasan dan aturan dari negara.
  • HAM lebih ke arah peribadi, sedangkan HWN lebih ke arah kelompok warga negara
  • HAM sama setiap manusia yang ada di bumi, sedangkan HWN berbeza antara satu negara dengan negara lainnya.






BAHAGIAN II PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Sunday, May 8, 2016 | 0 SuperReader(s)


Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:


  • Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
  • Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
  • Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
  1. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting .
  1. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat .
  1. Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .

TUJUAN PERLEMBAGAAN


Kewujudan sebuah perlembagaan bagi sesebuah negara yang berdaulat sangat penting. Ia akan menentukan perjalanan sesebuah negara berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Tujuannya ialah

1.                      Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan NegaraPerlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menetuka hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara. Justeru itu, negara menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.
2.                     Sebagai RujukanDengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan menurut dan menghormati apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan masalah mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.


3.                     Mewujudkan Kestabilan NegaraWalaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.


4.                     Mengawal Perjalanan KerajaanDengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.


5.                     Mengekalkan KeamananPerubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.


6.                     Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah NegaraDengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.


Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan . 


KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN 

PERLEMBAGAAN BERTULIS 


Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan. Contoh-contoh perlembagaan bertulis :(a)Perlembagaan Persekutuan(b)Perlembagaan Negeri(c)Akta(d)Enakmen(e)Ordinan(f)Perundangan subsidiari(g)Undang-undang Islam 



 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu

1.          Perlembagaan Panjang dan Pendek

Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut. Sebagai contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.

2.         Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United Kingdom.

Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi. Oleh itu, timbul tanggapan jika sebuah negara mengamalkan perlembagaan bukan bertulis, maka parlimen berkuasa membuat dan meminda undang-undang. Manakala dalam negara yang menggunakan perlembagaan bertulis maka pindaan ke atas perlembagaan itu sendiri hanya boleh dibuat melalui tatacara yang khusus yang berbeza dengan acara perundangan yang lain.

3.         Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden   

Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.

4.         Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible)

Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda. Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple majoriti).

5.         Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu

Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.

   CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

1.          Kekal

Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut, dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

2.         Unsur-Unsur Tanggungjawab

Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat adalah berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

3.         Pilihan Raya 

Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat.

4.         Pembahagian Kuasa

Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.

5.                     Terbuka

Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dijalankan di parlimen akan disebarkan kepada umum melalui media massa seperti belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baru.

                   CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu

(i)           Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.
(ii)          Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
(iii)         Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.            
(iv)         Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.    
(v)          Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
(vi)         Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang-undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.         
(vii)        Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
(viii)       Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.

 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

 
Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia terdiri daripada adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih satu abad di Tanah Melayu telah meninggalkan banyak kesan ke atas Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan. Unsur-unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali sebagai unsur-unsur moden dalam perlembagaan. Sementara beberapa unsur lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan ini digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara kita, ialah

1.          Pemerintahan Beraja                      

Pemerintahan beraja sudah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun di negeri-negeri Melayu. Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kepentingan raja atau sultan ini dapat dilihat dalam kerajaan yang ditubuhkan. Kerajaan itu dari perkataan raja sebagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak. (Sila imbas kembali pelajaran ini dalamBab 2).                                                           

Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu pada abad kesembilan belas. Seorang penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924). Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.

Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip “jus soli” atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.

Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet. Sementara di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri. YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undang-undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

2.                     Agama Islam

Islam dan orang Melayu bukan satu perkara baru. Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Sebenarnya orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.

3.                     Bahasa Melayu        

Seperti agama Islam, bahasa Melayu juga tidak asing bagi orang Melayu kerana telah ditetapkan oleh perlembagaan bahawa orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya bahasa Melayu juga mejadi Lingua Franca (perantaraan) kepada pedagang yang dating berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.

Bermula pada tahun 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu. Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pada tahun 1957 dan bermula pada tahun 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah.

    Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu  

Sama seperti agama dan bahasa bagi orang Melayu, hak istimewa juga bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.

Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.

Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.

 PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara unik kerana ia menggabung unsur lama dan baru. Di samping keunikan itu, terdapat beberapa faedah dan kebaikan yang boleh dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Orang melayu yang ketinggalan dalam semua bidang jika disbanding dengan kaum bukan Melayu. Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.

Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut. Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama.

Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja. Raja bagi orang Melayu adalah lambang tempat menumpahi taat setia yang tidak berbelah bagi. Di sini raja boleh berfungsi sebagai unsur penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi juga.

Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo. Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan sebagai perkara sensitif.




Older | Newer
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music